Thursday 30 June 2011

aku dan korang

   




 01.01.2011.... korang igt x tarikh nie?? Tarikh nie ialah tarikh keramat dlm hidup aku.. pada tarikh nie, aku dan korang mendaftarkan diri kat kolej kita.. pada tarikh nie jugak bermulalah kehidupan baru aku dan korang sebagai seorang pelajar kolej ipoh.. kat sini aku nak coretkan beberapa kisah aku dan korang kat sini.. coretan nie khas untuk korang yang berada dalam Basic 1/2011.. tergerak hati aku nak tulis nie disebabkan hari nei hari terakhir kita berada di kolej nie...
     49 orang student basic 1/2011 ditempatkan di kolej ipoh.. mmg da jodoh aku dan korang bertemu kat sini.. basic kita dikatakan basic yang paling banyak mencipta sejarah.. x perlu aku sebutkan apa sejarah tu coz korang2 mesti xkan lupa sampai bila2.. tapi apa pon, aku dan korang sama2 kongsi saat gembira dan duka di kolej nie..
     Kita ada 3 ibunda yang menjaga kita masa di semester  1 iaitu Puan Melati, Puan Julia, Puan Haymalatha.. pada diorang la kita mengadu ketidakpuashatian yang berlaku di kolej nie.. x lupa juga pembantu2 mereka di dalam kelas iaitu terdapat seorang Presiden dan Naib Presiden.. Yasmin sebagai Presiden, dan aku Naibnya.. berat sebenarnya tugas2 menjadi presiden..
     Aku dan korang belajar 5 subjek masa sem 1.. tapi yang paling x boleh lupa subjek Anatomy n Fisiology.. subjek nie paling tough masa nie.. korang pon tau sebab pe kan.. haha.. time subjek nie, aku dan sesetengah korang dok buat tahi mata kat meja masing2.. sebabnya x paham pebenda yang kita belajar n mmg x masuk lam kepala otak.. 1 lagi klu nak tgk aku dan korang2 sume tercelik bijik mata mata subjek Behavioral Science.. sebabnya Puan Hayma yang masuk.. haha.. walaupun mengantok tahap cipan, sedaya upaya mata aku dan korang menahan dari terlelap..
     Time yang ditunggu2 oleh aku dan korang pulak ialah pada pukul 12.30 tengahari coz Makan Time!! Aku dan korang berlari2 nak berebut makan kat Dining.. macam dining tu lari pulak kita berebut2 kan.. hehe.. kat dining nie la tempat aku dan korang mengenyangkan perut2 yang da kebulur  sampai da x bertahap coz tersangat lapar.. sedap ke x, no 2 coz apa yang dorang sediakan kita bedal je..kan kan.. korang jgn tipu tau, Allah tau.. hehe..
     1 lagi time yang ditunggu2 oleh aku dan korang ialah pukul 5 petang coz Tido Time..( abis class la).. nak dijadikan cite, time balik pon aku dan korang berebut nak turun tangga coz nak cop tempat untuk basuh baju kat Bilik Serbaguna.. padahal tempat basuh baju tu bukan nak roboh pon kita dok rebut2 nak cepat basuh baju.. ntah pape kan aku dan korang nie.. nak mandi pon aku dan korang rebutkan.. hehe.. x cukup ngn tu, time mandi pon sempat lagi menjerit2, menyanyi2 dalam toilet..  Red Box free la katakan..
     Banyak benda yang kita buat sama2 kaat sini kan.. benda baik, benda buruk, suma ada.. x cukup ngn tu, siap ada pergaduhan plak antara aku, dia, dan korang2.. sory aku x leh nak mention coz korang mesti ingat kan.. hehe.. bukan niat nak malukan sape2 ngn statement nie tapi aku juz nak ingat balik kenangan2 ngn korang dulu.. korang mesti ingat masa 1st time elaun kita masuk kan?? Menjerit2 macam tarzan coz dapat duit byk.. siang kita menjerit, malam kita mendiamkan diri.. cozzz..... kene sound sbb terlalu bising.. haha..
     Bila duit da byk, pe lg kita enjoy la.. klu nak tgk Blok C aras 2 diam time weekend la coz time nie aku dan korang pergi merayau2 menghabiskan duit kat Bandar Ipoh nie.. tempat yg sering kita g x lain x bukan iaitu Untung Orang Ramai a.k.a ( UO ).. kat UO aku dak korang byk hbskan duit nak beli brg keperluan dan brg untuk mengenyangkan perut.. satu lagi kat Ipoh Parade a.k.a ( IP ).. Kt sini tempat aku dan korang nak shopping.. hehe.. tgk wayang pon ada gak kat cni.. haha.. kira ok la kan.. ada gak tempat untuk hilangkan bosan..
     Pastu, bila aku dan korang da menghabiskan duit kat situ, aku dan korang pon mencari2 satu tempat untuk mengenyangkan perut iaiatu di Dataran Ipoh.. cakap je bependa yang aku dak korang nak mkn, suma ada kat cini.. tp yang special char kuey teow.. tu yg paling special kat datarn nie.. harga mkn kat cni kira ok la.. tapi klu sedappp, mahal ckit pon x kisah kan.. jgn pulak ada 1 kedai tu, dala x sedapp! Harga pulak mahal.. mang kene maki la jwbnya..
    Bayak lagi kenangan aku dan korang masa kat kolej nie, tapi aku rasa cukup samapi sini je coretan aku untuk korang.. apa pun jadi kat kolej batu lepas nie, 49 orang dr basic 1/2011 kolej ipoh tetap kwn aku sampai bila2.. korang, jgn lupa aku bila korang da jumpa kwn2 baru kat sana nanti.. insyalAllah, aku xkan lupa kat korang selagi hayat aku ada coz susah senang kita kat sini, sama2 kita hadapi..


Khas untuk kwn2 aku ( basic 1/2011 ) :

Aku nak mintak maaf kat korang if aku ada buat salah selama aku kwn ngn korang..
Aku tau mulut aku x leh cover, so pada sesape yg penah terasa, sorry k..
Kenangan suka dan duka ngn korang kat kolej nie xkan aku lupa sampai bila2, InsyaAllah..
Bila dad pt kwn baru kat KSKB nti, korang jgn lupa kat aku ea coz aku pon xkakn penah lupa kat korang..
Pada sesiapa yang aku pernah termarah, sengaja marah, tertengking, sengaja tengking dulu aku mintak maaf..
Klu aku ada pinjam harata karun korang selama nie, korang halalkan ye.. hehe..
Korang, walau apa pon jadi kat kolej baru nanti, if ada problem, bgtahu la kat kita2 ye coz kita tetap kwn smpi bila2..
Lastly dari aku,aku nak korang tau aku sayang kat korang.. korang la kawan aku masa aku susah n senang..


Wink wink............... ^_^

No comments:

Post a Comment